Tercetusnya hasrat untuk menaip dan berkongsi pengalaman sebagai pelajar IPG pada sosial media....


10 Januari 2023

Setelah hampir setahun lebih digelar sebagai mahasiswi di Institut Pendidikan Guru dan masuk sem 2 sebagai PISMP, baru harini teringin nak berkongsi cerita pengalaman sebagai pelajar ipg kerana Sir Albert. Dalam kelas Muzik pada hari ini ,sir meminta untuk kami membuat blog atau vlog untuk menceritakan pengalaman kepada khayalak ramai apabila telah digelar sebagai siswi di ipg. Orang kata, kamilah guru-guru yang mencorakkan masa depan anak-anak anda pada masa akan datang cewah. Okelah back to story, bila difikirkan memang banyak kebaikan bila berkongsi pengalaman kat dalam blog, salah satunya dapat berkongsi ilmu dengan orang ramai serta dapat menyimpan kenangan sebagai seorang pelajar. Jadi kita mula dari kisah awal la sebelum masuk dalam dunia IPG ni. 

 Aku sopiah,okelah nama ni bukan nama sebenar tapi nama yang digunakan oleh sebelah family abah. aku berasal Johor. Mesti tertanya IPG mana dapatkan? U know what, aku dapat IPG Sabah. So nak tak nak memang kena redha dan terima keputusan dan terbanglah ke negerri Sabah. Bayangkan diri kau yang dari sekolah tadika sehingga habis tingkatan lima tidak pernah sekalipun duduk asrama, bila dapat menyambungkan pelajaran ke peringkat Degree nah terus dibagi jauh terus. Ipg bukanlah pilihan pertama yang aku nak tapi disebabkan insan yang digelarkan sebagai mama, ya dialah yang membuatkan aku sampai ke tahap ni. Kadang-kadang pilihan oran tua ni lagi berjaya dari apa minat kita. Mula-mula memberontak la juga tapi mampu dalam hati jekla.

Bulan 3 2021

Biasalah student batch Covid-19 kan mohon belajar pun bulan 3 tu pun rasanya selepas selesai SPM(jangan kata tak tahu singkatan ni). Banyak juga aku mohon dikatakan semua aku mohon semua aku dapat, tapi jodoh kuat dengan IPG. Unikl aku mohon dapat, Matrik dapat, Mara dapat, UPU pun dapat, IPG pun dapat. So bila IPG tu dapat dalam otak tu macam okelah buangla niat tu nak ke lain sebab memang tu impian mama untuk salah satu anak-anaknya masuk IPG.Sepanjang penungguan yang membosakan tu aku pun kerjalah, bolehla orang cakap tambah duit kocek beli barang sendiri sebagai part time kat kedai makan jekla. Amik lesen pun, ujian komputer 2 kali gagal berturut-turut. Last-last malas sudah amik lesen tapi sekarang rasa menyesal sikitla tak boleh nak merayap sendiri.

Bulan 7 2021

Sedar tak sedar satu-satu keputusan keluar. Masa dapat keputusan diterima IPG(8/7/2021) tu dahla takde penempatan, terkejutlah juga, orang lain up tiktok up status semua ada lokasi sampai kat aku kosong nah gelabah terus. Abah terus call pejabat rupanya bukan aku sorang ja tiada penempatan cuma belum ditentukan IPG yang mana satu ja. Selepas beberapa Hari barulah dapat petempatan (13/7/2021), Tahu tahu penempatan dia kat IPG Keningau, Sabah. 


Betulla orang kata nak masuk IPG ni bukan mudah, banyak gila persiapan kena buat, borang-borang yang bertimbun kena post ke sabahnya lagi, jumpa ketua kampung, kena cari saksi lagi dan surat perjanjiannya lagi. Banyak betul prosesnya tapi okela sebulan IPG bagi elaun RM430.00, pembayaran awal pun tak silap aku macam RM 520.00 begitu untuk sepanjang pengajian selama 5 tahun. Under Kerajaan sepenuhnyakan so jangan nak harap lebihla kemudahan tu, kau dah masuk kerajaan, infrastruktur tu tak sama macam kau belajar swasta, orang kata hidup tu kenala bersyukur. Selesailah semua urusan melibatkan IPG, mula la aku kelas(6/9/2021) sebagai PPISMP. Lupa nak maklumkan, aku amik Subjek RBT. Orang yang awal menjadi kawan aku ialah Aspa, Iffah dan Azahar. Sepanjang kelas, diorang la banyak habiskan masa aku terutamanya si Azahar tapi diorang jugala banyak membantu aku sepanajng kelas. 2 bulan juga kiteorang menjalani kelas secara dalam talian.

Terbinala persahabatan kami berempat. Tapi betulla orang kata masa tu pendek tak sangka dah setahun lalu berlakukan. Tahu-tahu kena terbang dah ke Sabah(4/11/2021). Masa ni aku dari semenanjung bersama Mama Abah dan Aspa. Aspa ni orang Pahang so kiteorang decide naik dari KL. First Time kan naik Kapal terbang bertujuan pergi belajar so dia rasa eksited la sikit. Tiba saja di KKIA, iffah dan keluarganya yang sambut kiteorang dan menghantar kiteorang ke Hotel. Keesokan harinya, Family Iffah membawa kiteorang membeli barang keperluan untuk masuk ke IPG. Mama abah tak hantar aku sampai ke IPG, mereka pulang awal(6/11/2021) setelah selesaiakn pembelian barang aku untuk memulakan dunia baru di IPG. Jadi segala pengurusanselesai dan telah menghantar Mama Abah pulang, kami diurus oleh keluarga Iffah, bergerak kami ke Keningau pada ketika itu juga. Perjalan kami mengambil masa lebih kurang 2 jam lebih untuk sampai ke Keningau. Sempatlah juga kiteorang bergambar di atas Kimanis. Tekala sendiri mana satu aku....


Kami tidak terus ke Kampus tapi singgah ke rumah sedara Family Iffah, tipula tak segan tapi buat-buat mesralah, kata nak jadi cikgu kenalah berani dan sesuaikan diri dalam keadaaan. Keesokkan harinyala  kami bertolak ke kampus dan menyelesaikan segala urusan pendaftaran. Kami bertiga semua berbeza bilik dan semua mendapat rumet yang berbeza. Oke jom kita kenal sapa rumet aku. Rumet aku namnya Tasnim, dia orang Kelantan, nanti blog kedua baru aku cerita tentang rumetku. Oke guys selamat malam. <3


Comments